Selamat berhari Rabu untuk semua pengunjung Chamek Kopitiam BBU... Hari ini cuaca agak redup,berangin,nyaman je.... Cuaca yang sesuai untuk menenangkan fikiran.. Menenangkan fikiran dari timbunan kerja,lambakan stress...
Setiap hari kita akan mengulang kerja yang sama,. Buka kedai,menyapu,mengemop,turunkan kerusi, dan tunggu customer masuk... Tu la yang kami hari2 harungi... Chamek is my life..
Semalam 21hb Feb 2012 kami menerima tempahan dari Pegawai Polis untuk makan petang hari Jumaat ni dalam 15 orang..biasalah,da lepas2 solat nak sembang2 ngan kawan sepejabat..menu yang diminta yang ringan2,segera,senang dan sedap...seperti lempeng sambal tumis ikan masin, ubi rebus sambal tumis ikan masin,samosa dan popiah...makan panas2 memang sedap..pekena pula dengan kopi panas dalam cawan klasik...sangat nostalgia...
Kebiasaannya dalam sebulan 2,3 kali kami juga ada menerima tempahan sarapan pagi yang agak banyak juga jumlahnya oleh Andalusia Travel yang mengadakan kursus haji dan umrah.. sarapan yang disediakan biasanya nasi lemak. Nasi lemak kami memang selalu mendapat pujian oleh pelanggan. sekali makan rasa nak lagi,siap tapau bawak balik..jangan tak percaya..sedaaaaap!!!
Cukup time peserta kursus turun bersarapan,kami kena serbu, sampai tak cukup tangan,kaki,telinga,mata nak layan semua peserta..tapi kami puas hati,puas hati dapat puaskan hati pelanggan kami.. Kalau pelanggan puas hati mesti lain kali mereka cari kami...bestlah!!
Untuk pengetahuan anda kami juga menerima tempahan katering untuk majlis2 tertentu,contohnya Hari Keluarga,berbuka puasa,majlis untuk sekolah, dan banyak lagi.. Bagi anda yang nak buat majlis kecil @ sederhana besar dan nak tempah katering,jangan segan2 nak hubungi kami..semua urusan boleh dirunding...anytime.. tempahan melalui telefon @ datang sendiri ke kedai kami..
Chamek Kopitiam @ BBU
Wednesday, February 22, 2012
Wednesday, February 15, 2012
Menyambung warisan...
Setelah hampir 2 tahun blog ni tak ter'update', saya akan menyambung menulis dan menambah sedikit sebanyak inti pati dalam blog ini..
Masuk tahun 2012,banyak perkembangan yang menjadi titik sejarah perkenalan Chamek Kopitiam BBU. Pelanggan tak pernah putus mengunjungi kopitiam kami,ada yang dah jadi pelanggan tetap pun. Selalunya menu yang diminta kami dah boleh agak...
Kami juga banyak membuat perubahan dari segi variasi makanan,menambah menu untuk menukar selera pelanggan. InsyaAllah bakal ada lagi penambahbaikan,semuanya kami buat untuk pelanggan setia kami.
Masuk tahun 2012,banyak perkembangan yang menjadi titik sejarah perkenalan Chamek Kopitiam BBU. Pelanggan tak pernah putus mengunjungi kopitiam kami,ada yang dah jadi pelanggan tetap pun. Selalunya menu yang diminta kami dah boleh agak...
Kami juga banyak membuat perubahan dari segi variasi makanan,menambah menu untuk menukar selera pelanggan. InsyaAllah bakal ada lagi penambahbaikan,semuanya kami buat untuk pelanggan setia kami.
Gambar di atas adalah menu kami terbaru bagi tahun ini, Mee Bandung Udang Galah.. Kuah yang pekat, udang galah yang segar...memang best!!
Ha...yang ni pulak jus special... yang kaler gelap tu jus asam boi limau jeruk,rse die manis2 pahit kulit limau..saya dah rasa,mmg sedap..ada orang kata jus ni dipanggil jus cinta,mungkin sebab rse die macam orang yang jatuh cinta kot...tak tahu lah,kena la rasa sendiri..... Yang satu lagi tu pula barli,bukan sekadar air saje,ada buah barli sekali.. Banyak juga permintaan pelanggan terhadap kedua2 air ni...dah rasa pasti nak lagi...
Bagi yang belum sempat merasa menu baru kami ni,sempat-sempatkanlah masa anda..anda pasti tak akan menyesal...
Wednesday, February 2, 2011
Enak @ Chamek Kopitiam BBU...
Apa yang best di Chamek Kopitiam BBU ni? Menu-menu standard kopitiamkah? Menu mungkin tak banyak beza, tapi di Chamek Kopitiam, rasa membezakan setiap satu hidangan disini dengan kopitiam lain.
Wajib order jika di Chamek Kopitiam BBU...
Kopi kaw-kaw terbaekkkkk....:)
Char Kuey Teow Special...
memang bikin meleleh air liur....
Roti kawen...
Roti bakar dan kopitiam memang sinonim... sedap!!!
Penggemar seafood wajib rasa yang ini...
Kuey Teow Seafood Horfan
Memang terangkattt!!!!
Nasi Goreng Cina,
untuk anak-anak @ mereka yang tak suka pedas...
Special @ Chamek Kopitiam BBU...
Roti Pattaya
Roti bersalut telur yang dihidangkan dengan baked beans, mayonis & sos....
memang enak dan mengenyangkan!!!
Mau tahu rasa sebenarnya? Silalah berkunjung ke Chamek Kopitiam BBU... :)
~ Wassalam ~
Tuesday, February 1, 2011
Suatu Permulaan...
Alhamdulillah, akhirnya siap jua blog rasmi Chamek Kopitiam BBU ini. Dengan adanya blog rasmi ini diharap Chamek Kopitiam BBU akan lebih dikenali ramai.
Chamek Kopitiam merupakan satu rangkaian perniagaan francais yang diasaskan oleh seorang bumiputera. Bermakna Chamek Kopitiam ini adalah 100% milik Muslim, yang mana tidak perlu diragui status Halal nya. Setakat ini Chamek Kopitiam merupakan satu-satunya perniagaan kopitiam yang dimiliki keseluruhannya oleh bumiputera.
Nama Chamek ini diambil dari nama sebuah kampung di Kluang iaitu, Kampung Melayu Chamek. Chamek Kopitiam sehingga kini mempunyai 5 cawangan di sekitar Johor Bahru dan 1 di TTDI. Salah satunya ialah Chamek Kopitiam Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru yang terletak berhampiran dengan pasaraya Mydin.
Kini, bermula 01 Januari 2011, Chamek Kopitiam BBU berada di bawah pengurusan baru dengan barisan krew yang lebih cekap dan mantap. Chamek Kopitiam BBU menjanjikan sajian pelbagai menu yang menarik untuk disantap dan bagi peminat kopi, jangan lupa mencuba keenakan kopi sebenar di Chamek Kopitiam BBU.
Pemandangan dari luar Chamek Kopitiam BBU di waktu siang....
Chamek Kopitiam BBU di waktu malam....
Bagi anda yang berada di sekitar Johor Bahru, jangan lupa singgah di Chamek Kopitiam BBU untuk pelbagai menu yang dijamin membuka selera anda. Bagaimana mahu ke sana? Sila klik tab LOCATION di atas untuk tunjuk arah ke Chamek Kopitiam BBU. Juga boleh lawati Facebook Chamek Kopitiam BBU dengan klik tab FACEBOOK di atas.
Akhir kata, sokonglah perniagaan bumiputera yang terjamin kehalalannya. Jumpa lagi di entri seterusnya...~ Wassalam ~
Subscribe to:
Posts (Atom)