Tuesday, February 1, 2011

Suatu Permulaan...

Alhamdulillah, akhirnya siap jua blog rasmi Chamek Kopitiam BBU ini. Dengan adanya blog rasmi ini diharap Chamek Kopitiam BBU akan lebih dikenali ramai. 

Chamek Kopitiam merupakan satu rangkaian perniagaan francais yang diasaskan oleh seorang bumiputera. Bermakna Chamek Kopitiam ini adalah 100% milik Muslim, yang mana tidak perlu diragui status Halal nya. Setakat ini Chamek Kopitiam merupakan satu-satunya perniagaan kopitiam yang dimiliki keseluruhannya oleh bumiputera. 

Nama Chamek ini diambil dari nama sebuah kampung di Kluang iaitu, Kampung Melayu Chamek. Chamek Kopitiam sehingga kini mempunyai 5 cawangan di sekitar Johor Bahru dan 1 di TTDI. Salah satunya ialah Chamek Kopitiam Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru yang terletak berhampiran dengan pasaraya Mydin.

Kini, bermula 01 Januari 2011, Chamek Kopitiam BBU berada di bawah pengurusan baru dengan barisan krew yang lebih cekap dan mantap. Chamek Kopitiam BBU menjanjikan sajian pelbagai menu yang menarik untuk disantap dan bagi peminat kopi, jangan lupa mencuba keenakan kopi sebenar di Chamek Kopitiam BBU.


Pemandangan dari luar Chamek Kopitiam BBU di waktu siang....



Chamek Kopitiam BBU di waktu malam....



Bagi anda yang berada di sekitar Johor Bahru, jangan lupa singgah di Chamek Kopitiam BBU untuk pelbagai menu yang dijamin membuka selera anda. Bagaimana mahu ke sana? Sila klik tab LOCATION di atas untuk tunjuk arah ke Chamek Kopitiam BBU. Juga boleh lawati Facebook Chamek Kopitiam BBU dengan klik tab FACEBOOK di atas.

Akhir kata, sokonglah perniagaan bumiputera yang terjamin kehalalannya. Jumpa lagi di entri seterusnya...



~ Wassalam ~


2 comments:

  1. Kalau berminat untuk jadi francaisi chamek bagaimana caranya? Boleh share?

    ReplyDelete
  2. Dear,Sir/Madam

    We are Endless Advertising Global (M) SDN BHD based in Johor Bahru.After going through your business in the 'Net'
    I believe we can work together by providing you with advertising solution for all your marketing needs.
    Expands your business throughout nation via our advertising network.
    Please do not hesitate to contact us for more detail,please visit us at http://www.endlessadvertising.com/

    "Grow With Us Together We build Success"

    Sincerely,
    Muhammad Nor Aqmar B Muhammad Roslan
    0178263949

    ReplyDelete