Wednesday, February 22, 2012

AKTIVITI HARIAN DI CHAMEK...

Selamat berhari Rabu untuk semua pengunjung Chamek Kopitiam BBU... Hari ini cuaca agak redup,berangin,nyaman je.... Cuaca yang sesuai untuk menenangkan fikiran.. Menenangkan fikiran dari timbunan kerja,lambakan stress...
Setiap hari kita akan mengulang kerja yang sama,. Buka kedai,menyapu,mengemop,turunkan kerusi, dan tunggu customer masuk... Tu la yang kami hari2 harungi... Chamek is my life..

Semalam 21hb Feb 2012 kami menerima tempahan dari Pegawai Polis untuk makan petang hari Jumaat ni dalam 15 orang..biasalah,da lepas2 solat nak sembang2 ngan kawan sepejabat..menu yang diminta yang ringan2,segera,senang dan sedap...seperti lempeng sambal tumis ikan masin, ubi rebus sambal tumis ikan masin,samosa dan popiah...makan panas2 memang sedap..pekena pula dengan kopi panas dalam cawan klasik...sangat nostalgia...

Kebiasaannya dalam sebulan 2,3 kali kami juga ada menerima tempahan sarapan pagi yang agak banyak juga jumlahnya oleh Andalusia Travel yang mengadakan kursus haji dan umrah.. sarapan yang disediakan biasanya nasi lemak. Nasi lemak kami memang selalu mendapat pujian oleh pelanggan. sekali makan rasa nak lagi,siap tapau bawak balik..jangan tak percaya..sedaaaaap!!!
Cukup time peserta kursus turun bersarapan,kami kena serbu, sampai tak cukup tangan,kaki,telinga,mata nak layan semua peserta..tapi kami puas hati,puas hati dapat puaskan hati pelanggan kami.. Kalau pelanggan puas hati mesti lain kali mereka cari kami...bestlah!!

Untuk pengetahuan anda kami juga menerima tempahan katering untuk majlis2 tertentu,contohnya Hari Keluarga,berbuka puasa,majlis untuk sekolah, dan banyak lagi.. Bagi anda yang nak buat majlis kecil @ sederhana besar dan nak tempah katering,jangan segan2 nak hubungi kami..semua urusan boleh dirunding...anytime.. tempahan melalui telefon @ datang sendiri ke kedai kami..

Wednesday, February 15, 2012

Menyambung warisan...

Setelah hampir 2 tahun blog ni tak ter'update', saya akan menyambung menulis dan menambah sedikit sebanyak inti pati dalam blog ini..
Masuk tahun 2012,banyak perkembangan yang menjadi titik sejarah perkenalan Chamek Kopitiam BBU. Pelanggan tak pernah putus mengunjungi kopitiam kami,ada yang dah jadi pelanggan tetap pun. Selalunya menu yang diminta kami dah boleh agak...
Kami juga banyak membuat perubahan dari segi variasi makanan,menambah menu untuk menukar selera pelanggan. InsyaAllah bakal ada lagi penambahbaikan,semuanya kami buat untuk pelanggan setia kami.



Gambar di atas adalah menu kami terbaru bagi tahun ini, Mee Bandung Udang Galah.. Kuah yang pekat, udang galah yang segar...memang best!!



 Ha...yang ni pulak jus special... yang kaler gelap tu jus asam boi limau jeruk,rse die manis2 pahit kulit limau..saya dah rasa,mmg sedap..ada orang kata jus ni dipanggil jus cinta,mungkin sebab rse die macam orang yang jatuh cinta kot...tak tahu lah,kena la rasa sendiri..... Yang satu lagi tu pula barli,bukan sekadar air saje,ada buah barli sekali.. Banyak juga permintaan pelanggan terhadap kedua2 air ni...dah rasa pasti nak lagi...

Bagi yang belum sempat merasa menu baru kami ni,sempat-sempatkanlah masa anda..anda pasti tak akan menyesal...